Dulu .. aku seorang yang sangat pemalu. Sepanjang zaman aku remaja, tak pernah aku bercakap dgn budak lelaki. Mesti aku lari kalau terserempak dgn boys. Mereka sendiri segan nak datang dekat aku, nya suka mengusikku dari jauh.
Bukan aku anti-lelaki, bukan aku tak suka lelaki. Pertama, aku malu. Kedua, aku ni gila study. Cikgu gelar aku ulat buku. 24 jam aku study, mana ada masa nak melayan jiwa dan persaan. Menghafal, buat nota, buat latihan, banyak sangat kerja aku.
Aku pun kelas campuur lelaki peempuan. Aku ingat lagi, masa form 5, kawan2 aku memang kuat lah bercinta monyet nie... bercinta satu kelas lah, bercinta kelas A dengan budak kelas B lah,.. Aku?
Tingkatan4, aku ada peminat lah, budak satu kelas. Tapi aku tak layan pun, sebab aku dah janji dgn abah aku, nak hadiahkan kejayaan padanya. So, surat pun x balas, apa pun tak lah. Semua peminat pun aku tak layan,.. itu semua mengganggu.
Aku pelik budak-budak zaman nie... bercinta bagai nak mati. Melayan perasaan, berangan, berjanji kosong sana sini, bazir duit beli hadiah, beli topup sebab nak bergayut, jealous dan cemburu, buang masa stress pasal cinta, pasal kekasih takut ada orang lain, takut kekasih tengok orang lain....
Kalau confirm nanti kahwin dgn kekasih tu x mengapa jugak. Ini nanti kahwin dgn orang lain, kan rugi zaman belajar dihabiskan dgn melayan perasaan begitu.
Bagi aku; jika kita a girl, kita pelihara lah diri as a nobel girl, jaga peribadi, jaga aurat, jaga maruah untuk esok suami yang ALLAH pilihkan tentukan utk kita...
Apa suami rasa bila; dulu bini aku dah memberi hati dan perasaan pada orang lain, tukar gambar, tukar hadiah, dating, dengan lelaki lain. Suami tak rasa macam dapat bini yang dah tak originally pure ker?
Isteri pulak; dulu masa remaja suami aku pernah gila2 suka kat pompuan lain, mimpikan orang lain, ngigau orang lain, main perasaan dan bayangkan orang lain, isteri tak rasa diri dikhianati ker?
Solution nya: Tak perlu main perasaan masa belajar, belajar jer dulu, apa nak kisah nanti aku kahwin dgn siapa, ALLAH KAN DAH TENTUKAN JODOH KITA, SAMPAI MASA NANTI KAHWIN JER LAH - belajar dan berjaya dulu - kerja dulu - balas jasa mak ayah dulu - kahwin lah bila sampai jodoh.
Kan senang hidup jika fikir begitu,... ini masih remaja dah stress mikir macam2 masalah mengarut yg merugikan dan membuang masaa!!
Aku ini seorang ibu - aku seorang guru - Aku sekadar mengingatkan aku dan orang2 disekelilingku
JANGAN BUTA KERANA CINTA
JANGAN BAZIR MASA INDAH DENGAN TEKANAN
JANGAN BAZIR RUANG DENGAN ANGAN DAN ANGAU
JANGAN HARAPKAN YANG TERBAIK JIKA DIRI SENDIRI PUN TAK BERAPA BAIK
SEMUGA BERBAHAGIA DALAM RAHMAT ALLAH...AMEEN
No comments:
Post a Comment