Ketika usiaku remaja, bagiku hidup ini mudah sahaja
Tiada masalah dunia yang menembusi fikiranku
Apa yang ku tahu hanya lah buku dan ilmu
Sementelah ku melihat titis peluh ayahku jatuh kebumi
ketika mengekori langkah dari sebatang pokok getah ke pokok yang lain
Aku tanam azam yang bulat
ayahku harus gembira dan bangga
kemiskinan ayah harus dibalas
Lalu, dengan berkah kerajinanku dan doa ayah ibu
Aku anak kampung itu yang pertama memijak kaki ke universiti
Bangganya ayah
Aku ingin seperti remaja yang lain, merasai kemeriahan alam remaja
bersama teman, sahabat dan rakan
Namun, mengapa jodohku begitu cepat menjengah
ketika aku masih belum mengerti apa maksud sebuah perkahwinan pun
Namun, kerana kasih pada ayah dan taatkan ibu
Aku akur, lalu aku bergelar isteri ketika baru melangkah ke alam universiti
Berkahwin tanpa kenal
Terkapai2 mencari apa makna cinta
Cuma ajaran ustaz dan ustazah menjadi panduan
ku belajar cara-cara menjadi isteri yang baik, yang solehah
Walau dalam airmata
Amat sukar jika tiada saling mengenali
susahnya bila tanpa cinta, yang ada hanya taat dan takutkan Tuhan
Mohon Tuhan beri kekuatan, agar bahagia hidup ini
Saban hari dengan doa, membilang saat tidak dikasihi
Yang ada hanya duduk bersama, tanpa rasa dihargai
Sukarkah menghargai diriku, anak-anakku
Hingga dugaan pula tiba
menguji sejauh mana kesetiaanmu, keteguhan kata-katamu
Pahitnya yang kutelan
Hanya kepada Allah kumerintih dengan airmata saban waktu
Begitu lah janjiNYA Tuhan
Kau pergi ketika ayah tempat kubermanja dipanggil Ilahi
Seperti hilang arah, tangisan hiba bagaikan taufan
Kau tinggalkan aku terkapai2, aku memang tidak secantik dia
Tapi ini lah diriku, tiada siapa dapat mengubah takdirku
Allah tempatku mengadu, bersandar mencari secebis kekuatan
menjadikan tembok tebal menutupi hatiku
membenci insan bernama lelaki
Lelaki yang suka bicara manis, ada agenda tersembunyi
Lelaki yang ingin mendekat hanya kerana nafsu gilanya
Lelaki pendusta, bercakap bohong, suka ambil kesempatan atas diri perempuan yang lemah
Lelaki tiada yang ikhlas, hanya inginkan badan, tiada niat kerana ALLAH, hanya kegilaan
Lelaki berbelit, hari ni lain esok lain, yang indah hanya topengan
menutupi kejahatan nya yang tersembunyi
Oh Allah Tuhanku, Kau lebih kenal diriku
Aku lah yang paling lemah lagi hina
Bantu lah aku, sokong lah aku, sayangi lah aku
Aku amat tidak berdaya tanpa MU
No comments:
Post a Comment