Aku mendengar daripada ramai pelajar, bukan seorang dua. Ada antara mereka meminta aku berjanji untuk tidak sebutkan kepada sesiapa, lalu setelah didengar terus ku flash kedalam tangki najis, biar tenggelam disitu, hingga aku jadi lupa apa yang mereka telah ceritakan.
Ada yang bercerita, tetapi tidak pula menyebut minta aku berjanji, lalu apabila ditanya oleh pelajar lain, akan kuceritakan apa yang kudengar. Dengan tujuan supaya bisa diambil pelajaran dan pengajaran.
Kadang-kadang aku jadi tersepit ditengah-tengah. Sebagai contoh; Ahmad bercerita kepadaku. Aminah juga bercerita kepadaku. Lalu aku terpaksa duduk ditengah menimbangkan kebenaran, cerita siapa yang benar. Namun, sebenarnya itu pandangan mereka masing-masing, aku tiada hak menilai, cuma mampu mendengar dan menasihati sepatutnya, untuk lebih lagi aku juga bukan lah insan yang sempurna.
Berkenaan fitnah; Kenapa baru umur remaja sudah pandai fitnah-menfitnah. Aku pun pelik. Bukan kah waktu ini selayaknya KAU SIBUKKAN DIRI DENGAN BELAJAR, MENTELAAH PELAJARAN, BERBINCANG MENGENAI ISI2 PENTING DALAM PEPERIKSAAN, KEMANA HALAMU SELEPAS TAMAT SPM KELAK? ... Bukan berbincang tentang fitnah-menfitnah, bukan berbual tentang CINTA MONYET YANG MENGKHAYALKAN, tentang KAHWIN DAN SYURGA CINTA yang engkau belum tahu dengan siapa pun ALLAH akan jodohkan kamu?
Dalam perjalanan hidup, pasti kaki kita tersadung lalu jatuh, pasti kaki akan terperosok kedalam lubang lalu tergeliat - Itu lumrah. Jadi, apabila kamu sedar kamu memang sudah tersilap langkah, akui kesilapan itu dan berazam untuk tidak mengulangi kesilapan lalu ditempat yang sama yang menyebabkanmu jatuh. Jangan pula kamu cuba menutupi kesilapan itu dengan memburukkan orang lain, mengaitkan dgn orang lain, menuduh orang lain yang menyebabkan kamu jadi begini jadi begitu, menyalahkan orang lain, menuding jari masing-masing kearah orang lain.Itu namanya kamu seorang pengecut, sedangkan Islam itu berani, Berani Kerana Benar!
Contoh yang bisa kuhurai dengan mataku; Isu apa yang menganggu pembelajaran remaja ini? Isu cinta monyet itu lah.Memang lah manusia ni, kita punya perasaan, punya nafsu. Aku dulu juga remaja, merasa ingin disayangi, ingin dicintai. Dan, memang aku ada secret admire, seorang budak lelaki yang setia menunggu aku hingga ke universiti. Tapi, Alhamdulillah, kami tidak pernah berhubung, berdating,atau apa aja, kerana aku sibuk dengan study, sibuk mengenangkan ayahku yang miskin. Kalau aku boleh kenapa mereka ini tidak boleh? Lapar kasih-sayang sungguh kah?? Bukan kah kita harus menjaga diri kita DARIPADA YANG NAMANYA DOSA/ DOSA ZINA? Nanti pelajaran susah hendak sampai kerana hati gelab.
Kalau disebut tentang nafsu pula, aku ini sudah 12 tahun tiada suami, tidak terfikirkah bagaimana ya aku menahan nafsuku? HANYA SEMATA-MATA KERANA TAKUTKAN ALLAH! Apatah lagi anak muda belia seperti kamu semua, yang masih belum mengerti apa2 ditambah dengan ilmu Al-quran yang kamu pelajari, pasti saja kamu lebih TAHU MEMELIHARA NAFSUMU! Jadi, jika lah kita semua bisa memelihara diri, INSYA ALLAH pasti terhindar daripada apa yang dipanggil fitnah, fitnah yang dicari, fitnah yang diminta, atau apa saja gelarannya. Bukankah sampai waktunya kelak, JODOH AKAN DATANG KEPADAMU. Sekarang ini cuma tinggalkan sebentar demi ILMU, demi AMANAH DAN HARAPAN ORANG TUAMU. Walaupun orang kaya jua, ilmu amat penting, kerana seorang anak muda tidak kaya kerana kayanya orangtuanya. Bukan kah itu ada dalam puisi Arab yang kamu pelajari?
Bahaya jika aku jadi orang tengah, bisa diuji ALLAH aku ini dipanggil batu api pula. Aku tahu aku harus bijak menangani masalah budak-budak ini, tapi ishhhh..... masalah aku saja sudah bertimbun, lalu kupandang masalah mereka itu sebenarnya hanya masalah yang sangat kecil. Belum lagi mereka bertemu dengan masalah hutang dan bangkrap, masalah tiada pekerjaan hingga tanam anggur, masalah bersengketa dan dipulaukan keluarga dan teman, ditangkap basah, dituduh membunuh, atau apa sahaja masalah yang berat. Masalah disekolah amat kecil dibanding dengan seribu masalah lagi yaNG menunggu mereka apabila mereka dewasa kelak.
Aku menulis kerana aku menyayangi mereka, mereka saja yang tidak tahu. Kalau aku tidak kenal mereka, bukan anak muridku, pasti saja kubiar..... apa aku peduli apa saja kisahmu!
Allah menyayangimu, kerana itu kamu diuji,
Ibubapa menyayangimu, keranaa itu mereka selalu risau tentangmu,
Aku menyayangimu, kerana itu ku ingin tahu tentangmu,
Atau aku bisa memilih untuk membencimu, lalu kau hilang keberkatan ilmu
Yang mana satu ya patut aku jadi?
Akhirnya, kupohon maaf jika selama ini tanpa sedar
kata2 ku, bicaraku menyinggung kalian,
Atau kalian salah faham kerananya,
Aku juga cuma manusia, bukan robocop,
Maaf zahir&batin,
Love,
Your teacher/2014
MUHASABAH
TERCETUS SUATU MASALAH ATAU FITNAH, TINGGALKANNYA SEBENTAR, DAN BERDIAM DIRI - UNTUK MENCARI DIRI DAN KETENANGAN. BANGUN TAHAJUD DIMALAM HARI, TADAHKAN TANGANMU, MENANGIS LAH DIHADAPAN ALLAH KETIKA ITU - ESOK HARINYA KAMU AKAN LIHAT MASALAH ITU MENJADI RINGAN, ATAU TERTUTUP, ATAU DILUPAKAN, ATAU BERLALU SAJA, ATAU TERSINGKAP KEBENARANNYA kerana DOAMU DAN RINTIHANMU KEPADA TUHAN, SESUNGGUHNYA TUHAN LAH SEBENAR PENYELESAI SEGALA MASALAHMU.
No comments:
Post a Comment