Cantik... Pemandangan dipinggir laut Pantai Sri Tujoh, Tumpat, 2013
Membayangkan diri aku berdiri di tepian pantai itu, berfikir dan memikir.....
Berkongsi cerita dan pengalamanku sepanjang menjadi guru, bukan baru, dah lama.... sejak tahun 2000 lagi. Sebagai guru Bahasa Inggeris di merata sekolah, menjadi home tutor di merata rumah.
Apa yang ku perhatikan dan ambil pengajaran, budak-budak kurang ajar versus budak-budak baik, pro and cont dengan budak-budak yang rapat denganku. Tentang budak kurang ajar, aku pun pelik. Budak sekolah tahfiz yang sepatutnya lebih 'beragama' dan lebih arif tentang hukum dan adab, budak2 situ lah yang lebih kurang ajar lagi daripada budak2 sekolah menengah biasa.
Bukan bermakna semua budak2 tahfiz macam tu, ini budak2 tahfiz yang aku kenal. Kalangan mereka ada yang dulunya sekolah tahfiz, kemudian masuk sekolah tempat ku mengajar. Lalu mereka bercerita seribu macam kepadaku.
Satu kisah yang tak ku lupa, seorang budak perempuan yang kurang ajar dan cukup biadab, rugi betul hafal quran 30 juzuk, boleh lah selipar aku dia sorokkan.. mamcam2 dia buat, aku tak ingat dah, SEBAB? Dia kata aku cantik dan aku nak ambil boyfriend dia!! Memang crazy dan kebudak-budakkan!!! Siapa kata aku cantik tu memang sah rabun, aku ni dah tua beb! Kalau aku remaja macam kamu tu tak apa lah, tapi aku remaja macam kamu dulu tak pernah dating macam kamu, tak pernah selak tudung sampai leher, tak pernah cakap dgn budak lelaki pun!! Jauh beza kan. Aku nak ambil boyfriend? Itu lagi gila, umur kamu berapa? Umur aku ni dah 38 dah sekarang bukan 18!,.... Kalau 18 harus lah jugak. The boy tu anak murid aku, tak ada pasal lah aku nak berpakwe dgn dia, selera tengok dia pun tak ada lah!!
Satu hari, Dia tengking aku, tempik aku dari jauh kerana apa yang dia minta aku tak beri, kunci bilik tv. Seorang budak lelaki tingkatan 6 dengar, terus budak laki tu kata, 'kenapa cikgu tak tampar saja muka dia, biadab betul!'. Tak terfikir pulak. Masa tu hari jumaat, aku dan anak2 nak keluar, aku ingat lagi, kerana terlalu marah, aku tadah tangan sambil menangis mengadu pada Tuhan, dasar anak murid derhaka! Dia selalu ejek aku tak alim, aku memang tak alim, aku memang hamba ALLAH yang paling hina, sebab tu aku tak berjubah bertudung labuh macam kamu. Allah beri aku nampak, satu hari aku duduk diofis, dia ingat tak ada siapa tengok perangai dia. Boleh dia lalu atas jalan sambil selak tudung sampai nampak leher?? Begitu ke perangai budak hafal quran???
Dipendekkan cerita, selepas aku pindah ke sekolah lain, kerana hasad dengki dan fitnah orang, tiba2 aku menerima panggilan telefon seorang teman sembang, rumahnya berhampiran dgn sekolah itu. Dia memberi khabar berita, 'kak tahu x?. Budak yang kurang ajar dgn akak dulu tu, dia kena tangkap bogel!' Hah! You deserve that babe!! Tak sempat lari, kantoi dengan warden, budak lelaki tu lari dgn seluar saja, tak lama lepas kejadian itu dilanggar kereta pulak! Padan lah dgn sikap kurang ajarnya.
Itu kisah aku... belum dengar lagi kisah kawan2 yang jadi guru. Yang aku pernah dengar daripada kuliah seorang ustaz di sebuah surau di sebuah bandar...... Seorang anak murid nya yang sepatutnya jadi engineer tiba2 jadi gila, datang berubat kesana sini. Sebab apa? Sebab hanya gurunya tersinggung dengan kata2nya selepas bertemu muka dengan guru itu dan bercakap gaya angkuh...
Hmmmmm.... budak2 zaman ni bukan macam dulu. Keberkatan ilmu pun sudah pudar,... Kalau guru murka, dia ingat dia boleh lari, bukan dia kena cari guru itu dipadang masyar esok? Muhasabah diri lah.... Itu belum lagi budak2 yang buat perangai tak senonoh walaupun 30 juz quran dalam dada!!
Pengajaran; Jangan angkuh, jangan sombong, jangan perasan diri tu baik sangat, jangan pandang orang lok lak dan sempoi macam aku sebelah mata, jangan lupa esok pun kita tak tahu apa jadi pada diri kita nanti, dan bumi ini bulat, hari ni kamu diatas, esok kamu dibawah!!!!!
No comments:
Post a Comment