TUTOR, TEACHER, WRITER

Thanks for viewing my page, If you have any question about tutoring around Kota Bharu & Kubang Kerian, or something to do with thesis, assignment, just SMS or WHATSAPP me, and thanks for let me knowing you via 012-9199728

Friday, July 4, 2014

Aku bukannya robot.. MANUSIA BIASA YANG LEMAH


Mr Diary,.... Dengar lah
Aku harus beritahumu kerana apabila disimpan dalam hati, ia hanya menyerabutkan aku

Semua yang tertulis dalam koleksi ayat diatas itu sudah aku alami 
Aku suka hidup sederhana, hidup susah pun x mengapa
kerana, aku dari lahir sudah susah, aku melihat kesusahan ayah dan ibu membesarkan aku
Tapi, sang suami dari keluarga berada, dia yang biasa dilimpahi kemewahan
Tidak serasi dgn ku, sikap borosnya, sikap tidak bertanggung-jawabnya, sikap lepas tangannya
menyebabkan banyak tidak serasi walaupun sering disisi

Mr Diary,... Hari ini seseorang bertanyakan soalan cepu emas
'sudi kah menjadi isteri saya?'
Bagaimana tu Mr Diary?... Kau kan tahu aku ni fobia dengan perkahwinan
Aku takut dianiaya lagi, aku takut dilukakan lagi, aku takut dipukul lagi, aku takut dikasari lagi
Sedangkan aku seorang yang amat sensitif, mudah tersinggung, mudah menangis dan amat lemah

Bagaimana mereka boleh bertanya soalan cepu emas kedua
'apakah kamu tahan dengan nafsumu?'
Bagaimana mereka boleh lupa wahai Mr Diary? 
Yang AKU INI BUKAN SEBUAH ROBOT
Pasti saja aku punya NAFSU, Seperti kata Seorang wanita dizaman Saidina Umar Al-khatab
'Jika manusia tahu bahawa nafsuku malam ini umpama rumah ini bergegar dan bisa roboh' 
Begitu juga aku, bisa roboh rumahku ini kerana nafsuku,jika manusia lain tahu

Tapi, aku amat bersyukur
AKU ADA TUHAN YANG MELINDUNGIKU DARIPADA KEJAHATAN NAFSUKU SENDIRI
Aku ada Tuhan lalu aku amat takut melakukan yang Tuhan nanti murka kepadaku
LALU AKU BERUSAHA SEDAYA UPAYA MENAHAN DIRIKU
Bodoh lah mereka yang bertanya kepadaku itu

Mr Diary,.... patutkah aku menerima lamaran dia
lalu aku akan menjadi isteri kedua, dimadukan, apakah layak aku memikul 
tanggung-jawab sebagai seorang isteri yang dimadukan? Bersediakah aku ?

Aku ingin menjadi isteri solehah, yang dapat bertahajud bersama suami ditengah malam
mempunyai teman dalam beribadah kepadaMU
tIDAK KESEORANGAN dalam menjalani hari mendatang
Apakah wujud insan yang mencintaiku KERANAMU
Menerimaku seadanya KERANAMU

Jika dua hati sudah ditakdirkan bersatu, aku yakin pasti KAU AKAN TEMUKAN KAMI DALAM JODOH YANG ENGKAU REDHAI, CINTA KERANA MU, KERANA IBADAH KEPADAMU, HADIRKAN LAH INSAN MULIA ITU
YA TUHANKU AZZA WAJALLA

Ameen


.................................................................................................................


No comments:

Post a Comment