TUTOR, TEACHER, WRITER

Thanks for viewing my page, If you have any question about tutoring around Kota Bharu & Kubang Kerian, or something to do with thesis, assignment, just SMS or WHATSAPP me, and thanks for let me knowing you via 012-9199728

Thursday, February 27, 2014

Nasib seorang Janda

Sedar tak sedar sudah 12 tahun aku hidup sendirian... Aku rasa tempoh itu cukup lama hingga mampu membekukan sel2 keperempuananku.... Alhamdulillah, ALLAH TAALA menjagakan aku dan anak2, dalam perjalanan yang tentunya banyak denai dan lembah yang harus diharungi, yang memerlukan keberanian dan kekuatan..

Bagi Perempuan ,. itu lah tempoh yang paling menyedihkan, hinggakan terdapat perempuan yang sanggup dipukul, dimaki, dihina, diduakan, dicurangi oleh SUAMI MEREKA, namun mereka rela berdiam diri daripada nantinya menjadi JANDA...
Terdapat juga perempuan yang tiada apa2 SEBAB BERPISAH, berusaha mendamaikan kehidupan bersama suami - tetapi bila ALLAH sudah janji ' hanya setakat itu saja jodoh kamu'... TETAP AKAN BERCERAI DAN TERLERAI JUA
Siapa yang mampu menolak itu jika itu SUDAH KEHENDAK TUHAN....

Terdapat juga perempuan yang bersuami memandang rendah kepada janda, walhal sama jantina dengannya, dan ada juga yang menjauhi diri daripada kawannya yang janda kerana bimbang suami mereka tergoda...

Bagi lelaki, apakah ada lagi dalam zaman ini lelaki yang menghormati janda?. Banyak lelaki nak sesuatu.. walaupun yang sudah beristeri. Masih mencari peluang untuk mendapatkannya daripada janda.
Apabila seorang janda minta tolong, pasti lelaki akan meminta balasan, bukan balasan apa, kena serahkan diri sebagai upahnya..... Ada juga lelaki yang menggunakan ayat2 manis untuk memikat janda tetapi bukan hendak dikahwini, hendak diajak tidur saja.. kononnya janda itu sedang kegersangan... itu lah BODOH punya lelaki, yang tak LAYAK dihormati sebagai seorang IMAM, ketua, pemimpin rumahtangga....

Kerana itu juga lah, janda menjadi bahan umpatan, bahan tawa masyarakat sekeliling......


KERANA ITU LAH AKU BENCI PADA LELAKI... SIAPA KATA TAK NAK KAHWIN, AKU NAK SANGAT BERKAHWIN.. TETAPI, UNTUK MENCARI SEORANG LELAKI YANG BERFIKIRAN TIDAK KOTOR, YANG IKHLAS MENGAMBIL AKU JADI ISTERI KERANA HENDAK MELINDUNGIKU, MEMBIMBING AKU, MENJAGA AKU SEBAGAI AMANAH TUHAN, YANG BOLEH MENERIMA CACAT DAN BURUKKU.... ITU BELUM ADA..... MUGA2 SAMPAI LAH JODOHKU INI...... ;(




No comments:

Post a Comment