TUTOR, TEACHER, WRITER

Thanks for viewing my page, If you have any question about tutoring around Kota Bharu & Kubang Kerian, or something to do with thesis, assignment, just SMS or WHATSAPP me, and thanks for let me knowing you via 012-9199728

Thursday, February 27, 2014

Masak Stew ayam kimchee

Sebagai peminat gila Korean artist dan RUNNING MAN,.Hari ni aku masak ste ayam kimchee macam Jae suk masak dalam running man,.. Alhamdulillah jadi,.dan sedappp...

Bahan2;
Kimchee
Ayam
Bawang merah dan bawang putih
Serbuk Gochujang
Garam secukup rasa




Sedap dimakan dengan telur gulung macam Miss Yoona buat dalam Running man tu.... ;)


Boleh dicuba kan?......




Nasib seorang Janda

Sedar tak sedar sudah 12 tahun aku hidup sendirian... Aku rasa tempoh itu cukup lama hingga mampu membekukan sel2 keperempuananku.... Alhamdulillah, ALLAH TAALA menjagakan aku dan anak2, dalam perjalanan yang tentunya banyak denai dan lembah yang harus diharungi, yang memerlukan keberanian dan kekuatan..

Bagi Perempuan ,. itu lah tempoh yang paling menyedihkan, hinggakan terdapat perempuan yang sanggup dipukul, dimaki, dihina, diduakan, dicurangi oleh SUAMI MEREKA, namun mereka rela berdiam diri daripada nantinya menjadi JANDA...
Terdapat juga perempuan yang tiada apa2 SEBAB BERPISAH, berusaha mendamaikan kehidupan bersama suami - tetapi bila ALLAH sudah janji ' hanya setakat itu saja jodoh kamu'... TETAP AKAN BERCERAI DAN TERLERAI JUA
Siapa yang mampu menolak itu jika itu SUDAH KEHENDAK TUHAN....

Terdapat juga perempuan yang bersuami memandang rendah kepada janda, walhal sama jantina dengannya, dan ada juga yang menjauhi diri daripada kawannya yang janda kerana bimbang suami mereka tergoda...

Bagi lelaki, apakah ada lagi dalam zaman ini lelaki yang menghormati janda?. Banyak lelaki nak sesuatu.. walaupun yang sudah beristeri. Masih mencari peluang untuk mendapatkannya daripada janda.
Apabila seorang janda minta tolong, pasti lelaki akan meminta balasan, bukan balasan apa, kena serahkan diri sebagai upahnya..... Ada juga lelaki yang menggunakan ayat2 manis untuk memikat janda tetapi bukan hendak dikahwini, hendak diajak tidur saja.. kononnya janda itu sedang kegersangan... itu lah BODOH punya lelaki, yang tak LAYAK dihormati sebagai seorang IMAM, ketua, pemimpin rumahtangga....

Kerana itu juga lah, janda menjadi bahan umpatan, bahan tawa masyarakat sekeliling......


KERANA ITU LAH AKU BENCI PADA LELAKI... SIAPA KATA TAK NAK KAHWIN, AKU NAK SANGAT BERKAHWIN.. TETAPI, UNTUK MENCARI SEORANG LELAKI YANG BERFIKIRAN TIDAK KOTOR, YANG IKHLAS MENGAMBIL AKU JADI ISTERI KERANA HENDAK MELINDUNGIKU, MEMBIMBING AKU, MENJAGA AKU SEBAGAI AMANAH TUHAN, YANG BOLEH MENERIMA CACAT DAN BURUKKU.... ITU BELUM ADA..... MUGA2 SAMPAI LAH JODOHKU INI...... ;(




Tuesday, February 25, 2014

UPAH MENULIS & MENYIAPKAN TESIS 2014..


Ramai yang telefon mengadu mereka ditipu, kebanyakkannya adalah client yang perlukan khidmat menaip atau menulis assignment. Ada yang beritahu sudah bayar tapi bila time minta assignment tak ada,. atau panggilan tidak dilayan.

Kepada yang menulis, Biar lah kita anggapkan menulis itu kerja kita. Kita ambil upah, dan kemudian kita siapkan tugasan orang seolah bos mengawasi kita, kerja sendiri ni BOS kita adalah ALLAH.

Kepada yang minta menulis, Biar lah juga memahami tugas sipenulis. Kita memang bayar upah kerana dia nak tuliskan untuk kita. Kita tak ada masa atau tak pandai nak buat, tapi jangan sampai buat penulis tu macam orang gaji kita pulak....

SAMA-SAMA...GIVE AND TAKE MAKE IT PERFECT!....

KHIDMAT MENULIS DAN MENAIP ASSIGNMENT, THESIS, ESSAY, JOURNAL, ARTICLE REVIEW, TRANSLATING BM/BI.. Bagi menolong mereka yang tiada masa kerana tugas dan tanggung-jawab lain..... SMS/WHATSAPP me; 012-9199728










Pengalaman di Korea,2013, tak dilupa

Musim salji, memang aku hilang gaya, hilang semua make up,hanya sibuk dengan salji dan kesejukan.... Tapi makanan mereka memang aku suka, bagi aku sedapppp......


Snack yang digoreng sendiri di INSADONG..... Sangat sedapppp... Boleh makan sambil melawat kemana-mana


Makan ni di INSADONG,.belakang lorong2 tu berlambak kedai makan, pilih lah yang mana rasa hati okay... Anak perempuan makan nasi goreng Korea, ala-ala nasi goreng cendawan larh kalau di Malaysia... Dalam mangkuk besar tu aku punya Bibimbap,. ada sayur,ada telur,ada sambal tumis kacang,.Nasi mereka paling sedap....Sedappp..


Ini Kimchee.. Setiap meal mesti ada side dish KIMCHEE.... Sedappp mereka buat,Aku buat sendiri macam tak jadi jer....