TUTOR, TEACHER, WRITER

Thanks for viewing my page, If you have any question about tutoring around Kota Bharu & Kubang Kerian, or something to do with thesis, assignment, just SMS or WHATSAPP me, and thanks for let me knowing you via 012-9199728
Showing posts with label True Story. Show all posts
Showing posts with label True Story. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

CERITA DAN MUHASABAH; BE A GOOD STUDENT!


Cantik... Pemandangan dipinggir laut Pantai Sri Tujoh, Tumpat, 2013


Membayangkan diri aku berdiri di tepian pantai itu, berfikir dan memikir.....
Berkongsi cerita dan pengalamanku sepanjang menjadi guru, bukan baru, dah lama.... sejak tahun 2000 lagi. Sebagai guru Bahasa Inggeris di merata sekolah, menjadi home tutor di merata rumah.


Apa yang ku perhatikan dan ambil pengajaran, budak-budak kurang ajar versus budak-budak baik, pro and cont dengan budak-budak yang rapat denganku. Tentang budak kurang ajar, aku pun pelik. Budak sekolah tahfiz yang sepatutnya lebih 'beragama' dan lebih arif tentang hukum dan adab, budak2 situ lah yang lebih kurang ajar lagi daripada budak2 sekolah menengah biasa.

Bukan bermakna semua budak2 tahfiz macam tu, ini budak2 tahfiz yang aku kenal. Kalangan mereka ada yang dulunya sekolah tahfiz, kemudian masuk sekolah tempat ku mengajar. Lalu mereka bercerita seribu macam kepadaku.

Satu kisah yang tak ku lupa, seorang budak perempuan yang kurang ajar dan cukup biadab, rugi betul hafal quran 30 juzuk, boleh lah selipar aku dia sorokkan.. mamcam2 dia buat, aku tak ingat dah, SEBAB? Dia kata aku cantik dan aku nak ambil boyfriend dia!! Memang crazy dan kebudak-budakkan!!! Siapa kata aku cantik tu memang sah rabun, aku ni dah tua beb! Kalau aku remaja macam kamu tu tak apa lah, tapi aku remaja macam kamu dulu tak pernah dating macam kamu, tak pernah selak tudung sampai leher, tak pernah cakap dgn budak lelaki pun!! Jauh beza kan. Aku nak ambil boyfriend? Itu lagi gila, umur kamu berapa? Umur aku ni dah 38 dah sekarang bukan 18!,.... Kalau 18 harus lah jugak. The boy tu anak murid aku, tak ada pasal lah aku nak berpakwe dgn dia, selera tengok dia pun tak ada lah!!

Satu hari, Dia tengking aku, tempik aku dari jauh kerana apa yang dia minta aku tak beri, kunci bilik tv. Seorang budak lelaki tingkatan 6 dengar, terus budak laki tu kata, 'kenapa cikgu tak tampar saja muka dia, biadab betul!'. Tak terfikir pulak. Masa tu hari jumaat, aku dan anak2 nak keluar, aku ingat lagi, kerana terlalu marah, aku tadah tangan sambil menangis mengadu pada Tuhan, dasar anak murid derhaka! Dia selalu ejek aku tak alim, aku memang tak alim, aku memang hamba ALLAH yang paling hina, sebab tu aku tak berjubah bertudung labuh macam kamu. Allah beri aku nampak, satu hari aku duduk diofis, dia ingat tak ada siapa tengok perangai dia. Boleh dia lalu atas jalan sambil selak tudung sampai nampak leher?? Begitu ke perangai budak hafal quran??? 

Dipendekkan cerita, selepas aku pindah ke sekolah lain, kerana hasad dengki dan fitnah orang, tiba2 aku menerima panggilan telefon seorang teman sembang, rumahnya berhampiran dgn sekolah itu. Dia memberi khabar berita, 'kak tahu x?. Budak yang kurang ajar dgn akak dulu tu, dia kena tangkap bogel!' Hah! You deserve that babe!! Tak sempat lari, kantoi dengan warden, budak lelaki tu lari dgn seluar saja, tak lama lepas kejadian itu dilanggar kereta pulak! Padan lah dgn sikap kurang ajarnya.

Itu kisah aku... belum dengar lagi kisah kawan2 yang jadi guru. Yang aku pernah dengar daripada kuliah seorang ustaz di sebuah surau di sebuah bandar...... Seorang anak murid nya yang sepatutnya jadi engineer tiba2 jadi gila, datang berubat kesana sini. Sebab apa? Sebab hanya gurunya tersinggung dengan kata2nya selepas bertemu muka dengan guru itu dan bercakap gaya angkuh...

Hmmmmm.... budak2 zaman ni bukan macam dulu. Keberkatan ilmu pun sudah pudar,... Kalau guru murka, dia ingat dia boleh lari, bukan dia kena cari guru itu dipadang masyar esok? Muhasabah diri lah.... Itu belum lagi budak2 yang buat perangai tak senonoh walaupun 30 juz quran dalam dada!! 



Pengajaran; Jangan angkuh, jangan sombong, jangan perasan diri tu baik sangat, jangan pandang orang lok lak dan sempoi macam aku sebelah mata, jangan lupa esok pun kita tak tahu apa jadi pada diri kita nanti, dan bumi ini bulat, hari ni kamu diatas, esok kamu dibawah!!!!!









Friday, July 4, 2014

Aku bukannya robot.. MANUSIA BIASA YANG LEMAH


Mr Diary,.... Dengar lah
Aku harus beritahumu kerana apabila disimpan dalam hati, ia hanya menyerabutkan aku

Semua yang tertulis dalam koleksi ayat diatas itu sudah aku alami 
Aku suka hidup sederhana, hidup susah pun x mengapa
kerana, aku dari lahir sudah susah, aku melihat kesusahan ayah dan ibu membesarkan aku
Tapi, sang suami dari keluarga berada, dia yang biasa dilimpahi kemewahan
Tidak serasi dgn ku, sikap borosnya, sikap tidak bertanggung-jawabnya, sikap lepas tangannya
menyebabkan banyak tidak serasi walaupun sering disisi

Mr Diary,... Hari ini seseorang bertanyakan soalan cepu emas
'sudi kah menjadi isteri saya?'
Bagaimana tu Mr Diary?... Kau kan tahu aku ni fobia dengan perkahwinan
Aku takut dianiaya lagi, aku takut dilukakan lagi, aku takut dipukul lagi, aku takut dikasari lagi
Sedangkan aku seorang yang amat sensitif, mudah tersinggung, mudah menangis dan amat lemah

Bagaimana mereka boleh bertanya soalan cepu emas kedua
'apakah kamu tahan dengan nafsumu?'
Bagaimana mereka boleh lupa wahai Mr Diary? 
Yang AKU INI BUKAN SEBUAH ROBOT
Pasti saja aku punya NAFSU, Seperti kata Seorang wanita dizaman Saidina Umar Al-khatab
'Jika manusia tahu bahawa nafsuku malam ini umpama rumah ini bergegar dan bisa roboh' 
Begitu juga aku, bisa roboh rumahku ini kerana nafsuku,jika manusia lain tahu

Tapi, aku amat bersyukur
AKU ADA TUHAN YANG MELINDUNGIKU DARIPADA KEJAHATAN NAFSUKU SENDIRI
Aku ada Tuhan lalu aku amat takut melakukan yang Tuhan nanti murka kepadaku
LALU AKU BERUSAHA SEDAYA UPAYA MENAHAN DIRIKU
Bodoh lah mereka yang bertanya kepadaku itu

Mr Diary,.... patutkah aku menerima lamaran dia
lalu aku akan menjadi isteri kedua, dimadukan, apakah layak aku memikul 
tanggung-jawab sebagai seorang isteri yang dimadukan? Bersediakah aku ?

Aku ingin menjadi isteri solehah, yang dapat bertahajud bersama suami ditengah malam
mempunyai teman dalam beribadah kepadaMU
tIDAK KESEORANGAN dalam menjalani hari mendatang
Apakah wujud insan yang mencintaiku KERANAMU
Menerimaku seadanya KERANAMU

Jika dua hati sudah ditakdirkan bersatu, aku yakin pasti KAU AKAN TEMUKAN KAMI DALAM JODOH YANG ENGKAU REDHAI, CINTA KERANA MU, KERANA IBADAH KEPADAMU, HADIRKAN LAH INSAN MULIA ITU
YA TUHANKU AZZA WAJALLA

Ameen


.................................................................................................................


Thursday, June 26, 2014

PERSON I LOVE THE MOST


Seingatku, gambar ini ku ambil ketika anak sulongku berumur 3 tahun
Sudah berapa tahun yang lalu
Itu lah kali pertama ayah dan ibu merasa makna 'makan angin' walaupun hanya di Melaka
Selama ini mereka hanya bekerja sahaja, kais pagi makan pagi kais petang makan petang

Sedari kecil aku memang sangat manja dengan ayahku
Aku selalu mengikutnya ke kebun getah
aku selalu dibawa minum teh di warung
apa yang aku nak ayah cuba penuhi walaupun ayah tiada duit
Ayah belikan aku dan adik2 baju walaupun baju ayah koyak
Ayah belikan kami selipar walaupun ayah tidak punya selipar
Yang paling aku sedih, ayah tidak sempat memakai 'kasut' seperti ayah orang lain

Ketika remaja, orang lain bercerita dengan ibu
Aku bercerita dengan ayah
Aku mengadu pada ayah
Balik ke asrama aku peluk ayah
Peluk ayah aku akan menangis
Aku membaca sampai larut malam, ayah akan buatkan kopi
ayah kata akan hilang mengantuk
Aku belajar di atas lantai papan dengan lampu pelita
ayah terbaring disebelahku berkeruh
menemani aku study, siapa ya yang tidak menangis mendengar dengkuran orang tua sebegitu

Ketika aku hendak masuk tidur, ayah lah yang pasangkan kelambu
Ayah lah yang pasangkan ubat nyamuk
Aku sakit perut ditengah malam, ayah lah yang bangun mencari ubat
Aku teringin hendak makan cucur kelapa muda
Ayah lah yang bingkas bangun mencari kelapa
Terhidang cucur kelapa panas dihadapanku
Aku balik dari kerja, ayah lah yang menmbancuh teh panas untukku

Itu lah ayah, yang selalu sibuk melayani kerenah anak2nya
tanpa sedikit pun sungutan
malah dia gembira bila anak makan hasil masakannya
ayah yang sabar, ayah yang tenang, ayah yang mengambil berat 
Dimana boleh kucari ganti lagi???

Malam itu, ayah menelefonku
Ayah kata amat rindu kepadaku
Sakit dadanya mendengar kisah pedih rumahtanggaku
Aku pulang juga dengan kerinduan...
Sampai ditengah malam, ayah bergegas kepintu
Sebaik saja nampak ayah, aku meluru kearahnya
Kutenggelam dalam tangisan dalam pelukan ayah
Ketika itu kurasa mengapa tubuh ayah dingin sekali, seperti ais
Kucium pipi ayah, kiri dan kanan
'Ampunkan dosaku ayah, ampunkan dosaku'
Aku meraung kerinduan dalam dada ayah

Sehari kuhabiskan masa bersama ayah, semua yang ayah biasa lakukan ketika aku kecil dia ulang lakukan dalam seharian itu
bancuh teh, makan lempeng bersama, pasangkan kelambuku, ubat nyamuk untukku
Sangat singkat cutiku, aku harus pulang bekerja
Ayah melihat keretaku,
Enjinnya pastikan elok! Pesan ayah
Jangan sedih, jumpa lelaki yang soleh nanti berkahwin lah, Pesan Ayah
Aku memandu pulang, ayah memerhati sehingga aku hilang daripada pandangannya
Pandangannya seolah kami tidak bertemu lagi

Sungguh bagai dikata
Panggilan daripada adik bagaikan petir dalam hidupku
Ayahku pergi secara tiba2
dalam ribaan Ibu 2 hari selepas kutinggalkan dulu

Owhhh..... airmataku bagaikan hujan seisi langit
Tubuhku lemah bagaikan ditimpa gunung
Ayah tempat kubermanja diambil pergi
Dalam senyuman dia tidur selamanya

Aku meraung lagi, kali ini dalam dakapan ibu
Tak dapat kuterima kenyataan ini
Hidupku gelab dan suram sekali

Lama aku diam, lama aku bertafakur
Aku ditinggalkan suami, sebulan kemudian aku ditinggalkan ayah 
Teringat Rasulullah mengalami 'Tahun kesedihan'
Hebatnya DugaanMU ALLAH
sedangkan aku tidak berdaya menghadapinya

Mengajarku mencariMu untuk secebis ketenangan
Dengan IzinMU tersangkut ku di negeri asing ini dalam perjalanan

Pandu lah aku Tuhan, Ketika tak punya sesiapa, aku punya ENGKAU sebagai pelindung dan tempaatku mengadu

AL-FATIHAH untuk arwah ayah kesayanganku.....


Ibu, engkau lah ratu hatiku
Engkau sentiasa dalam doaku
Sayang Ibu!!!!!!


2013 with love mom and sisters...............................




Wednesday, June 25, 2014

BUSAN TOUR 2013 - LAST DAY

This is T-Money, so you can get cheaper rate for bus fare,subway, or even taxi


Strolling at Haeundae Beach, in Busan








Huh, in freezing cold without a make up, what the..........







Scenery from inside the bus.... back to the hotel.......



Uncle Kebab in BIFF, Busan Jagalchi Market


That night was last walking along BIFF.... No shopping, just find something to eat......

Going back to Malaysia.......... December 3,2013

Alhamdulillah, Allah the Almighty God gives me a wonderful chance and experience travel to Korea, lovely place to visit, and plan to visit Seoul again... NAMI ISLAND WAIT I WILL COME BACK!!!!



SOMETHING VERY HARD TO BELIEVE...... I SPEND ABOUT MYR7,500 TRAVEL THERE WITH MY TWO KIDS AS BACKPACKERS .... ALLAH IS OUR GUIDE AND THE HELPER ......

THANK TO THE GREAT GOD
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR




Sunday, June 15, 2014

LOVE CONFLICT AMONG TEENAGERS

MY STORY TO SHARE...

     Dulu .. aku seorang yang sangat pemalu. Sepanjang zaman aku remaja, tak pernah aku bercakap dgn budak lelaki. Mesti aku lari kalau terserempak dgn boys. Mereka sendiri segan nak datang dekat aku, nya suka mengusikku dari jauh.
Bukan aku anti-lelaki, bukan aku tak suka lelaki. Pertama, aku malu. Kedua, aku ni gila study. Cikgu gelar aku ulat buku. 24 jam aku study, mana ada masa nak melayan jiwa dan persaan. Menghafal, buat nota, buat latihan, banyak sangat kerja aku.

Aku pun kelas campuur lelaki peempuan. Aku ingat lagi, masa form 5, kawan2 aku memang kuat lah bercinta monyet nie... bercinta satu kelas lah, bercinta kelas A dengan budak kelas B lah,.. Aku?
Tingkatan4, aku ada peminat lah, budak satu kelas. Tapi aku tak layan pun, sebab aku dah janji dgn abah aku, nak hadiahkan kejayaan padanya. So, surat pun x balas, apa pun tak lah. Semua peminat pun aku tak layan,.. itu semua mengganggu.

Aku pelik budak-budak zaman nie... bercinta bagai nak mati. Melayan perasaan, berangan, berjanji kosong sana sini, bazir duit beli hadiah, beli topup sebab nak bergayut, jealous dan cemburu, buang masa stress pasal cinta, pasal kekasih takut ada orang lain, takut kekasih tengok orang lain....

Kalau confirm nanti kahwin dgn kekasih tu x mengapa jugak. Ini nanti kahwin dgn orang lain, kan rugi zaman belajar dihabiskan dgn melayan perasaan begitu.

Bagi aku; jika kita a girl, kita pelihara lah diri as a nobel girl, jaga peribadi, jaga aurat, jaga maruah untuk esok suami yang ALLAH pilihkan tentukan utk kita...

Apa suami rasa bila; dulu bini aku dah memberi hati dan perasaan pada orang lain, tukar gambar, tukar hadiah, dating, dengan lelaki lain. Suami tak rasa macam dapat bini yang dah tak originally pure ker?

Isteri pulak; dulu masa remaja suami aku pernah gila2 suka kat pompuan lain, mimpikan orang lain, ngigau orang lain, main perasaan dan bayangkan orang lain, isteri tak rasa diri dikhianati ker?

Solution nya: Tak perlu main perasaan masa belajar, belajar jer dulu, apa nak kisah nanti aku kahwin dgn siapa, ALLAH KAN DAH TENTUKAN JODOH KITA, SAMPAI MASA NANTI KAHWIN JER LAH  - belajar dan berjaya dulu - kerja dulu - balas jasa mak ayah dulu - kahwin lah bila sampai jodoh.
Kan senang hidup jika fikir begitu,... ini masih remaja dah stress mikir macam2 masalah mengarut yg merugikan dan membuang masaa!!

Aku ini seorang ibu - aku seorang guru - Aku sekadar mengingatkan aku dan orang2 disekelilingku

JANGAN BUTA KERANA CINTA
JANGAN BAZIR MASA INDAH DENGAN TEKANAN
JANGAN BAZIR RUANG DENGAN ANGAN DAN ANGAU
JANGAN HARAPKAN YANG TERBAIK JIKA DIRI SENDIRI PUN TAK BERAPA BAIK

SEMUGA BERBAHAGIA DALAM RAHMAT ALLAH...AMEEN


Monday, June 2, 2014

AGUNGNYA ALLAH - TERCEKIK TULANG IKAN KELI

Tengahari ini - my lunch berlaukkan ikan keli bakar dan air asam, anak lelaki xda, dirumah kawan, so makan dgn anak perempuan saja... Tengah makan, my son called, asking about pick him at school this evening, tanpa sedar waktu tu aku sedang mengunyah nasi dan ikan keli.....

Yang aku sedar, aku tercekik tulang.............. huhuhu almost crying - segera aku kepal nasi dan telan, hampir 10 kepal nasi aku telan, x hilang-hilang jugak, aku minum air x hilang jugak..

Aku google cara nak hilangkan tulang ikan tu, semua petua aku buat;
1.  minyak kelapa dara, sapu dalam lubang dubur, google kata akan terus hilang
- Tak hilang gak

2.  kepal nasi dgn bismilah - baca 3 qul - telan nasi tu

3.  ambil air - bismilah 41 kali, fatihah 1 kali, 3 qul 3 kali - minum

............................... petua aku sendiri; ambil air zam2 - niatkan - minum - sambil doa

Aku tak sempat nak testing tulang ikan ada ke lagi idak, tiba2 adikku call need help to solve his problem,... after we finished talking, sudden aku nak muntah, aku pergi ke sinki, TETIBA AKU RASA MACAM ADA TULANG DALAM MULUT, CEPAT2 AKU LUAHKAN DALAM TAPAK TANGAN, YES, TULANG IKAN!!!!

Segera aku bersujud syukur.. YA ALLAH, AGUNGNYA ENGKAU, TERIMA KASIH ALLAH, ENGKAU SANGAT BAIK HATI, ENGKAU SANGAT PRIHATIN, DAN MAHA MENDENGAR....



Tak percaya kan, tulang ikan lebih 1 cm, keras bukan sehalus rambut, thicker than that... YA ALLAH, SYUKUR

HANYA ALLAH DAPAT MENYEMBUH SEGALA PENYAKIT, HANYA ALLAH DAPAT MENYELESAI SEGALA MASALAH, HANYA ALLAH YANG SENTIASA ADA UNTUK KITA, DALAM SENANG TAMBAH LAGI DALAM SAKIT


SUBHANALLAHU TAALA...ALLAHU AKBAR



Wednesday, May 28, 2014

SINAR HARIAN; ANAK YATIM PIATU LIMA BERADIK

Anak yatim


Lima anak, Mohd Haikal, 16; Fatin Adlina, 14; Mohd Aidil, 10; Norsyamini,4 dan Nor Auni, 3 yang kehilangan ayah dan ibu selepas kemalangan jalan raya

Kisah lanjut boleh baca dalam SINAR HARIAN dgn LINK diatas ;




Apa yang menyentuh hatiku? Sedih nya YA ALLAH, ENGKAU LEBIH TAHU APA HIKMAHNYA, Sayu sungguh menatap wajah adik2 anak2 di atas. Pertama kali aku dengar berita ini, anak lelaki memeluk aku, 'sayang ibu!'. Dia turut sayu. Nasib manusia ini kan tidak sama, ada yang baik nasibya, ada yang malang, da juga yang digilir baik dan malang.

Apa yang ingin ku kongsikan dsini adalah tentang SEDEKAH. Kenapa ya orang kita ni berat sungguh untuk bersedekah? Bukan semua macam tu, ramai orang kaya dermawan di negara ini kan, cuma aku membicarakan mereka yang tidak mahu bersedekah tu. Mungkin mereka rasa duit nnti habis bila bersedekah, mungkin boleh bankrap bila mengeluarkan sedekah. Tapi kalau untuk enjoy ada peruntukan, bila shopping ada duitnya, bila buat party ada budgetnya, untuk berhibur banyak wangnya..... sangat menyedihkan. Padahal dalam agama kita, sudah dijanjikan bila kita bersedekah seringgit, malaikat mendoakan minta seribu ringgit dan akan dimakbulkan,... itu yang aku pernah dengar ustaz cakap semsa aku duduk di kampus dulu. Mungkin kita kurang keyakinan dengan janji Allah agaknya kan, padahal ALLAH tak pernah mungkir janji.. Kita bernafas sihat bahagia tu pun dah besar nikmatNYA, kita terpelihara dalam IMAN itu nikmat paling besar pula.

Satu lagi, orang yang rajin bersedekah, tapi nak kena hebahkan nama, kena bagi resit pulak! Dimana keikhlasan? Dalam senarai nama? dalam resit? IKHLAS itu dalam hati, dan perkara hati biar lah ALLAH saja yang mengganjarkannya utk kita.............

Lagi, wakil anak yatim juga harus jujur dlm memegang amanahnya, jngan sampai kita termakan harta anak yatim pulak, tkut jugak, bila bermain dengan duit ringgit ni, satu ujian besar bagi pemegang manah anak yatim ni kan,... Aku dulu pernah jdi sukarela kt rumah nak yatim, da sedikit pengaalman...memang best tapi mencabar... Aku rsa macam mencbar kesabran jer.......

Apa2 pun.... serahkan kpd ALLAH yang MAHA SEMPURNA tadbiran NYA.......... Kita sama-sama mendoakan ' Semuga anak2 ini sentiasa dalam Lindungan ALLAH, dalam Jagaan ALLAH dunia dan akhirat, dan semuga roh Almarhum dan almarhumah tercinta dalam Rahmah ALLAH TAALA...Ameen.



  Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan terus ke akaun Maybank 114301042467 atas nama Zainah Mohd Jain (perubahan sedikit atas nama bapa) atau menghubunginya ditalian 019-6065911
[Dipetik dari sumber SINAR HARIAN, RUJUK LINK DI ATAS]




MARILAH SAMA-SAMA KITA BERAMAL JARIAH UNTUK AKHIRAT





















Wednesday, May 21, 2014

WHEN MY STUDENTS SAID 'SELAMAT HARI GURU CIKGU',


my heart pounding with tears.... so touching, 
really I almost want to cry. 
Just all in sudden, all days teaching you in class
looking at your empty face,
Discovering your urge for knowledge
Listening to your chatting, mumbling among yours
about anything out of the topic out of class story

I realize with my broken heart, with my creeping tears
I actually want to say sorry
'I am sorry dear students'
I am not the best teacher for you
I cannot teaching you with love and patient
I cannot teaching you gently nicely 
I cannot teaching you with my soft heart
I dont know how to teach in an enjoyable environment so that you are happy with my class and get something from the lesson

I am very sorry
I am teaching you with anger
angrily with your attitude and behaviours
even I know asss a good teacher, I must always be patient with yours
Suppose I have to keep my anger aside
Suppose I always forgive your rudeness your mistake
Suppose I show you the good things in life
But
I could not do that
Owhhh........ sob sob sob sob
Sorry because I cannot be the best teacher for you

I am just a human with all weaknesses and not a robot
But, do I know, I love all of you, and in my deepest soul, I always forgive you,
and, pray to GOD ALMIGHTY 'LET HIM BE THE BEST MUKMIN MUSLIM FOR HIS LIFE HERE AND HEREAFTER......Ameen'


Sorry again, you all come in sudden, while I already sleepy, so, I do not wear properly,..so sorry guys...



Thank you, kamsahamnida.... I will remember this sweet surprise



Love you all,
Your teacher
Yasmine/14'
                 





Saturday, May 17, 2014

I AND MY GREAT FATHER EVER,.......

 Kisah hujan ada kenangan masa kecil,masa kecil x dpt lari dr kenangan brsama ayah,arwah ayah.He is the best man and father I ever have.Ketika aku kecil,sejak dr kecil,aku selalu brsama ayah.Darjah 1,ayah menunggu aku sepagian ditepi kelas.Bila aku toleh ayah tiada,aku akan menangis hngga guru kelas pun kelam-kabut.Ayah menunggu dgn setia,bila lapar ayah makan dikantin sekolah.Tapi ayah kena pastikn basikal tuanya ada dihadapan kelasku,supaya aku tidak menangis.

      Ketika itu ayah selalu pergi menjala ikan atau menangkap ketam utk dijual.Aku akan membawa baldi mngekori langkah ayah sepanjang pantai.Ayah mendayung sampan meredah sungai kearah laut,aku mnyaksikan kepenatan ayah.Bila jala ayah mengena,aku akan melompat gembira sambil mngambil hasil tangkapan masuk kedlm baldi.Naik dr laut ayah akan jual kepasar atau kawan2 sekampung ayah.

      Bila tidak ke laut,ayah mngambil upah mengait buah kelapa.Aku akan mengejar setiap buah yg jatuh dn mngumpulknnya dusatu tempat.Tidak terasa luas mana pun kebun kelapa orang yg ayah kait,aku budak,mana tahu penat lagi.Aku anak sulong,selalu membantu ayah,kemana pun ayah.Bila dapat duit upah mngopek buah kelapa,ayah akan bawa aku naik basikal ke warung dipekan,makan roti canai.

      Bila ayah dapat tawaran masuk ke sebuah felda di Ngri Sembilan,border dgn Pahang..Sekali lagi aku mnjadi penolong ayah dikebun getah.Ketika itu aku drjh 6.Sekali lagi aku melihat ayah lelah menoreh getah dr satu pokok ke pokok yg lain..seluas 10ekar kebun getah itu.Dari subuh hngga jam 12 tghari,baru lah ayah pulang.Aku menolong mngutip susu getah utk dimasukkan kedlm tong.Semak-samun diredah,ketika itu tidak takut pula pd hantu atau apa.Mungkin kerana ayah ada.

     Bila aku sudah belajar disekolah menengah,cuti sekolah baru lah aku dapat tolong ayah.Ini kerana sekolahku jauh di Jerantut,Pahang.Ketika itu baru aku mngerti dgn lebih lagi keperitan dn kepenatan yg ayah tanggung membesarkn aku 7 beradik.Nafas semput ayah benar2 mnyentuh perasaanku.Lelah sungguh ayah.Mujur saja,aku dapat hadiahkan 8A kpd ayah dlm peperiksaan SRP tingkatan 3..

     Saat aku hendak mngambil peperiksaan SPM,ayah tidak bagi aku ikut,ayah kata baca buku saja.Aku temankn jugak ayah ke kebun,tapi aku mmbaca buku dibangsal buruk ayah,sementara ayah menoreh getah sendirian.
Ayah juga lah yang menemankan aku study malam hari.Aku menelaah pelajaranku brtemankan api pelita sahaja.Ayah membancuhkn kopi panas utkku supaya aku tidak mngantuk.Sepanjang aku belajar,ayah tidur berdengkur tidak jauh dariku,......tidak aku lupa kasih dn jasa ayah buatku.
Aku brazam tika itu,peluh ayah ingin ku bayar dgn mem;angkah kaki ke universiti.Alhamdulillah,aku berjaya.Bersama kawan2ku yg lain,aku memilih utk belajar di universiti islam antarabangsa.Riak wajah gembira ayah tika itu sukar dilafazkan.Aku bersyukur krn dapat membuat ayah gembira.

     Sekarang ayah sudah tiada,...tapi bayangan kasih ayah masih hangat dalam doaku.Sudah 8 tahun ayah meninggalkn aku dn kami sekeluarga.Ayah pergi dlm keadaan amat tenang,senyum seperti tidur sahaja.Bila dirisik drpd emak,rupanya ayah x pernah tinggal tahajudnya setiap malam hngga saat dia pergi.Aku brsyukur mempunyai ayah seperti ayah.yang prihatin dgn kesedihanku,yg sentiasa memberi semangat kepadaku mnjalani hidup yg penuh dugaan.Ayah tinggalkn aku ketika aku masih perlukan sokongan dn kasih sayang ayah.

    Namun,itu lah takdir yg tersurat.Allah meminjamkn kepadaku seorang ayah yg amat penyayang dn ambil berat.Yg cepat menolong orang lain hngga x hiraukn keadaan dirinya,yg sanggup brsusah utk org lain senang.Ayah yg amat mngasihi anak2nya.

    Benar-benar aku rindukan ayah,kini hanya fatihah dn doa buat ayah.



   Ya Allah,aku amat rindukan ayahku.
   peliharakan lah ayah dlm RahmatMU.
  aMPUNKAN LAH SEGALA DOSA AYAH.,
  sELAMATKN LAH AYAH DLM PERJALANAN MNGHADAPMU,
  Lapangkan lah utk ayahku,....
  Biarlah ayahku tenang tidur dengan limpahan rahMAtMU
 sEorang ayah yg membakar dirinya utk anak2nya,
 Kasihilah ayahku Ya Allah,......aku pohon
 HambaMU ini brmohon........padaMU Ya Allah....

 Al-Fatihah......




SEOUL IN MY HEART,2013 BUSAN TOUR

Very beautiful,.. scenery on the top of Namsan hill,.... just caught on from the bus, not enough time.....



My baby already tired................

Tired and no energy,... sit on the floor waiting for train to Busan in cold freezing weather..............

In Mugunghwa Train to Busan..... 23,000 won each, comfortable to sleep and rest,... 5 hours journey

Tomorrrow morning,.we already in Busan,. 6 in the morning we checked in Sam Won Jang Hotel in fornt of BIFF Busan in Jgalchi Mrket..... affordble hotel 70,000 won which is very recommended by me for  bckpcker like me,....


HERE BUSAN I AM................





 Here,. at the first step of long staircase to the top of BUSAN TOWER.............



BEAUTIFUL BUSAN TOWER.................









Sun is there,.. but it's very cold,.freezing air.................



Buy this cake on the top of Busan Tower,..... delicious!!!...............



Same like in Namsan Tower right?.............

Old and retired fathers spending time with friends there,... playing what?... Hehe...dont know the name...

Korea Government is good, very concern of their old citizen,.. provide all gym's tools in an open space on the hill,..... Free to do exercise there,... beautiful place and very relaxing....


 My son and daughter also spending 20 minutes there,.. with tht old mens,.... ;)

What are you try to do baby?..... Hehe


Beautiful cabbage flowering the place.....................


MONDAY COUPLE,.. Hehe...only a big banner in front of the shop..... The yellow jacket worth for 150,000 won,.cheap or??......


BIFF,...... Very recommended area for tourists and travellers........ save budget for shopping and good for eating time................


 AFTER BIFF WE TAKE A STROLL IN JAGALCHI MARKET,....... Nothing small but BIG AND GIANT THINGS,.... You can see pictures below;


SEAWEED.............

AS LONG AS MY DAUGHTER,... 50,000 WON A KILO,.. CAN YOU EAT??.....


GARY?...... Ahak,.....





KOREAN CAT,.... Very tame and pampered ,.....


Tired,.. back to the room,... rest while watching TV,.......

And, ready for bed...................

Three of US in a strange country alone,...... Huhu....

No food,.but never mind, we are tired, just want to BOBOM....ZZZZZZZZZZ