TUTOR, TEACHER, WRITER

Thanks for viewing my page, If you have any question about tutoring around Kota Bharu & Kubang Kerian, or something to do with thesis, assignment, just SMS or WHATSAPP me, and thanks for let me knowing you via 012-9199728
Showing posts with label My story My feeling. Show all posts
Showing posts with label My story My feeling. Show all posts

Sunday, July 6, 2014

RAGAM REMAJA DI SEKOLAH HARI INI - SOCIAL ISSUES

Hatiku tergerak untuk menulis disini pagi ini..... Seperti ada sesuatu yang tidak beres telah berlaku dalam kalangan pelajar2 yang kusayangi, lalu ku prihatin dan ambil berat tentang mereka.

Aku mendengar daripada ramai pelajar, bukan seorang dua. Ada antara mereka meminta aku berjanji untuk tidak sebutkan kepada sesiapa, lalu setelah didengar terus ku flash kedalam tangki najis, biar tenggelam disitu, hingga aku jadi lupa apa yang mereka telah ceritakan.

Ada yang bercerita, tetapi tidak pula menyebut minta aku berjanji, lalu apabila ditanya oleh pelajar lain, akan kuceritakan apa yang kudengar. Dengan tujuan supaya bisa diambil pelajaran dan pengajaran.

Kadang-kadang aku jadi tersepit ditengah-tengah. Sebagai contoh; Ahmad bercerita kepadaku. Aminah juga bercerita kepadaku. Lalu aku terpaksa duduk ditengah menimbangkan kebenaran, cerita siapa yang benar. Namun, sebenarnya itu pandangan mereka masing-masing, aku tiada hak menilai, cuma mampu mendengar dan menasihati sepatutnya, untuk lebih lagi aku juga bukan lah insan yang sempurna.

Berkenaan fitnah; Kenapa baru umur remaja sudah pandai fitnah-menfitnah. Aku pun pelik. Bukan kah waktu ini selayaknya KAU SIBUKKAN DIRI DENGAN BELAJAR, MENTELAAH PELAJARAN, BERBINCANG MENGENAI ISI2 PENTING DALAM PEPERIKSAAN, KEMANA HALAMU SELEPAS TAMAT SPM KELAK? ... Bukan berbincang tentang fitnah-menfitnah, bukan berbual tentang CINTA MONYET YANG MENGKHAYALKAN, tentang KAHWIN DAN SYURGA CINTA yang engkau belum tahu dengan siapa pun ALLAH akan jodohkan kamu?

Dalam perjalanan hidup, pasti kaki kita tersadung lalu jatuh, pasti kaki akan terperosok kedalam lubang lalu tergeliat - Itu lumrah. Jadi, apabila kamu sedar kamu memang sudah tersilap langkah, akui kesilapan itu dan berazam untuk tidak mengulangi kesilapan lalu ditempat yang sama yang menyebabkanmu jatuh. Jangan pula kamu cuba menutupi kesilapan itu dengan memburukkan orang lain, mengaitkan dgn orang lain, menuduh orang lain yang menyebabkan kamu jadi begini jadi begitu, menyalahkan orang lain, menuding jari masing-masing kearah orang lain.Itu namanya kamu seorang pengecut, sedangkan Islam itu berani, Berani Kerana Benar!

Contoh yang bisa kuhurai dengan mataku; Isu apa yang menganggu pembelajaran remaja ini? Isu cinta monyet itu lah.Memang lah manusia ni, kita punya perasaan, punya nafsu. Aku dulu juga remaja, merasa ingin disayangi, ingin dicintai. Dan, memang aku ada secret admire, seorang budak lelaki yang setia menunggu aku hingga ke universiti. Tapi, Alhamdulillah, kami tidak pernah berhubung, berdating,atau apa aja, kerana aku sibuk dengan study, sibuk mengenangkan ayahku yang miskin. Kalau aku boleh kenapa mereka ini tidak boleh? Lapar kasih-sayang sungguh kah?? Bukan kah kita harus menjaga diri kita DARIPADA YANG NAMANYA DOSA/ DOSA ZINA? Nanti pelajaran susah hendak sampai kerana hati gelab.

Kalau disebut tentang nafsu pula, aku ini sudah 12 tahun tiada suami, tidak terfikirkah bagaimana ya aku menahan nafsuku? HANYA SEMATA-MATA KERANA TAKUTKAN ALLAH! Apatah lagi anak muda belia seperti kamu semua, yang masih belum mengerti apa2 ditambah dengan ilmu Al-quran yang kamu pelajari, pasti saja kamu lebih TAHU MEMELIHARA NAFSUMU! Jadi, jika lah kita semua bisa memelihara diri, INSYA ALLAH pasti terhindar daripada apa yang dipanggil fitnah, fitnah yang dicari, fitnah yang diminta, atau apa saja gelarannya. Bukankah sampai waktunya kelak, JODOH AKAN DATANG KEPADAMU. Sekarang ini cuma tinggalkan sebentar demi ILMU, demi AMANAH DAN HARAPAN ORANG TUAMU. Walaupun orang kaya jua, ilmu amat penting, kerana seorang anak muda tidak kaya kerana kayanya orangtuanya. Bukan kah itu ada dalam puisi Arab yang kamu pelajari?

Bahaya jika aku jadi orang tengah, bisa diuji ALLAH aku ini dipanggil batu api pula. Aku tahu aku harus bijak menangani masalah budak-budak ini, tapi ishhhh..... masalah aku saja sudah bertimbun, lalu kupandang masalah mereka itu sebenarnya hanya masalah yang sangat kecil. Belum lagi mereka bertemu dengan masalah hutang dan bangkrap, masalah tiada pekerjaan hingga tanam anggur, masalah bersengketa dan dipulaukan keluarga dan teman, ditangkap basah, dituduh membunuh, atau apa sahaja masalah yang berat. Masalah disekolah amat kecil dibanding dengan seribu masalah lagi yaNG menunggu mereka apabila mereka dewasa kelak.


Aku menulis kerana aku menyayangi mereka, mereka saja yang tidak tahu. Kalau aku tidak kenal mereka, bukan anak muridku, pasti saja kubiar..... apa aku peduli apa saja kisahmu!

Allah menyayangimu, kerana itu kamu diuji,
Ibubapa menyayangimu, keranaa itu mereka selalu risau tentangmu,
Aku menyayangimu, kerana itu ku ingin tahu tentangmu,
Atau aku bisa memilih untuk membencimu, lalu kau hilang keberkatan ilmu
Yang mana satu ya patut aku jadi?

Akhirnya, kupohon maaf jika selama ini tanpa sedar
kata2 ku, bicaraku menyinggung kalian,
Atau kalian salah faham kerananya,
Aku juga cuma manusia, bukan robocop,
Maaf zahir&batin,


Love,
Your teacher/2014



MUHASABAH

TERCETUS SUATU MASALAH ATAU FITNAH, TINGGALKANNYA SEBENTAR, DAN BERDIAM DIRI - UNTUK MENCARI DIRI DAN KETENANGAN. BANGUN TAHAJUD DIMALAM HARI, TADAHKAN TANGANMU, MENANGIS LAH DIHADAPAN ALLAH KETIKA ITU - ESOK HARINYA KAMU AKAN LIHAT MASALAH ITU MENJADI RINGAN, ATAU TERTUTUP, ATAU DILUPAKAN, ATAU BERLALU SAJA, ATAU TERSINGKAP KEBENARANNYA kerana DOAMU DAN RINTIHANMU KEPADA TUHAN, SESUNGGUHNYA TUHAN LAH SEBENAR PENYELESAI SEGALA MASALAHMU.





Saturday, July 5, 2014

CERITA DAN MUHASABAH; BE A GOOD STUDENT!


Cantik... Pemandangan dipinggir laut Pantai Sri Tujoh, Tumpat, 2013


Membayangkan diri aku berdiri di tepian pantai itu, berfikir dan memikir.....
Berkongsi cerita dan pengalamanku sepanjang menjadi guru, bukan baru, dah lama.... sejak tahun 2000 lagi. Sebagai guru Bahasa Inggeris di merata sekolah, menjadi home tutor di merata rumah.


Apa yang ku perhatikan dan ambil pengajaran, budak-budak kurang ajar versus budak-budak baik, pro and cont dengan budak-budak yang rapat denganku. Tentang budak kurang ajar, aku pun pelik. Budak sekolah tahfiz yang sepatutnya lebih 'beragama' dan lebih arif tentang hukum dan adab, budak2 situ lah yang lebih kurang ajar lagi daripada budak2 sekolah menengah biasa.

Bukan bermakna semua budak2 tahfiz macam tu, ini budak2 tahfiz yang aku kenal. Kalangan mereka ada yang dulunya sekolah tahfiz, kemudian masuk sekolah tempat ku mengajar. Lalu mereka bercerita seribu macam kepadaku.

Satu kisah yang tak ku lupa, seorang budak perempuan yang kurang ajar dan cukup biadab, rugi betul hafal quran 30 juzuk, boleh lah selipar aku dia sorokkan.. mamcam2 dia buat, aku tak ingat dah, SEBAB? Dia kata aku cantik dan aku nak ambil boyfriend dia!! Memang crazy dan kebudak-budakkan!!! Siapa kata aku cantik tu memang sah rabun, aku ni dah tua beb! Kalau aku remaja macam kamu tu tak apa lah, tapi aku remaja macam kamu dulu tak pernah dating macam kamu, tak pernah selak tudung sampai leher, tak pernah cakap dgn budak lelaki pun!! Jauh beza kan. Aku nak ambil boyfriend? Itu lagi gila, umur kamu berapa? Umur aku ni dah 38 dah sekarang bukan 18!,.... Kalau 18 harus lah jugak. The boy tu anak murid aku, tak ada pasal lah aku nak berpakwe dgn dia, selera tengok dia pun tak ada lah!!

Satu hari, Dia tengking aku, tempik aku dari jauh kerana apa yang dia minta aku tak beri, kunci bilik tv. Seorang budak lelaki tingkatan 6 dengar, terus budak laki tu kata, 'kenapa cikgu tak tampar saja muka dia, biadab betul!'. Tak terfikir pulak. Masa tu hari jumaat, aku dan anak2 nak keluar, aku ingat lagi, kerana terlalu marah, aku tadah tangan sambil menangis mengadu pada Tuhan, dasar anak murid derhaka! Dia selalu ejek aku tak alim, aku memang tak alim, aku memang hamba ALLAH yang paling hina, sebab tu aku tak berjubah bertudung labuh macam kamu. Allah beri aku nampak, satu hari aku duduk diofis, dia ingat tak ada siapa tengok perangai dia. Boleh dia lalu atas jalan sambil selak tudung sampai nampak leher?? Begitu ke perangai budak hafal quran??? 

Dipendekkan cerita, selepas aku pindah ke sekolah lain, kerana hasad dengki dan fitnah orang, tiba2 aku menerima panggilan telefon seorang teman sembang, rumahnya berhampiran dgn sekolah itu. Dia memberi khabar berita, 'kak tahu x?. Budak yang kurang ajar dgn akak dulu tu, dia kena tangkap bogel!' Hah! You deserve that babe!! Tak sempat lari, kantoi dengan warden, budak lelaki tu lari dgn seluar saja, tak lama lepas kejadian itu dilanggar kereta pulak! Padan lah dgn sikap kurang ajarnya.

Itu kisah aku... belum dengar lagi kisah kawan2 yang jadi guru. Yang aku pernah dengar daripada kuliah seorang ustaz di sebuah surau di sebuah bandar...... Seorang anak murid nya yang sepatutnya jadi engineer tiba2 jadi gila, datang berubat kesana sini. Sebab apa? Sebab hanya gurunya tersinggung dengan kata2nya selepas bertemu muka dengan guru itu dan bercakap gaya angkuh...

Hmmmmm.... budak2 zaman ni bukan macam dulu. Keberkatan ilmu pun sudah pudar,... Kalau guru murka, dia ingat dia boleh lari, bukan dia kena cari guru itu dipadang masyar esok? Muhasabah diri lah.... Itu belum lagi budak2 yang buat perangai tak senonoh walaupun 30 juz quran dalam dada!! 



Pengajaran; Jangan angkuh, jangan sombong, jangan perasan diri tu baik sangat, jangan pandang orang lok lak dan sempoi macam aku sebelah mata, jangan lupa esok pun kita tak tahu apa jadi pada diri kita nanti, dan bumi ini bulat, hari ni kamu diatas, esok kamu dibawah!!!!!









Friday, July 4, 2014

Aku bukannya robot.. MANUSIA BIASA YANG LEMAH


Mr Diary,.... Dengar lah
Aku harus beritahumu kerana apabila disimpan dalam hati, ia hanya menyerabutkan aku

Semua yang tertulis dalam koleksi ayat diatas itu sudah aku alami 
Aku suka hidup sederhana, hidup susah pun x mengapa
kerana, aku dari lahir sudah susah, aku melihat kesusahan ayah dan ibu membesarkan aku
Tapi, sang suami dari keluarga berada, dia yang biasa dilimpahi kemewahan
Tidak serasi dgn ku, sikap borosnya, sikap tidak bertanggung-jawabnya, sikap lepas tangannya
menyebabkan banyak tidak serasi walaupun sering disisi

Mr Diary,... Hari ini seseorang bertanyakan soalan cepu emas
'sudi kah menjadi isteri saya?'
Bagaimana tu Mr Diary?... Kau kan tahu aku ni fobia dengan perkahwinan
Aku takut dianiaya lagi, aku takut dilukakan lagi, aku takut dipukul lagi, aku takut dikasari lagi
Sedangkan aku seorang yang amat sensitif, mudah tersinggung, mudah menangis dan amat lemah

Bagaimana mereka boleh bertanya soalan cepu emas kedua
'apakah kamu tahan dengan nafsumu?'
Bagaimana mereka boleh lupa wahai Mr Diary? 
Yang AKU INI BUKAN SEBUAH ROBOT
Pasti saja aku punya NAFSU, Seperti kata Seorang wanita dizaman Saidina Umar Al-khatab
'Jika manusia tahu bahawa nafsuku malam ini umpama rumah ini bergegar dan bisa roboh' 
Begitu juga aku, bisa roboh rumahku ini kerana nafsuku,jika manusia lain tahu

Tapi, aku amat bersyukur
AKU ADA TUHAN YANG MELINDUNGIKU DARIPADA KEJAHATAN NAFSUKU SENDIRI
Aku ada Tuhan lalu aku amat takut melakukan yang Tuhan nanti murka kepadaku
LALU AKU BERUSAHA SEDAYA UPAYA MENAHAN DIRIKU
Bodoh lah mereka yang bertanya kepadaku itu

Mr Diary,.... patutkah aku menerima lamaran dia
lalu aku akan menjadi isteri kedua, dimadukan, apakah layak aku memikul 
tanggung-jawab sebagai seorang isteri yang dimadukan? Bersediakah aku ?

Aku ingin menjadi isteri solehah, yang dapat bertahajud bersama suami ditengah malam
mempunyai teman dalam beribadah kepadaMU
tIDAK KESEORANGAN dalam menjalani hari mendatang
Apakah wujud insan yang mencintaiku KERANAMU
Menerimaku seadanya KERANAMU

Jika dua hati sudah ditakdirkan bersatu, aku yakin pasti KAU AKAN TEMUKAN KAMI DALAM JODOH YANG ENGKAU REDHAI, CINTA KERANA MU, KERANA IBADAH KEPADAMU, HADIRKAN LAH INSAN MULIA ITU
YA TUHANKU AZZA WAJALLA

Ameen


.................................................................................................................


Thursday, June 26, 2014

PERSON I LOVE THE MOST


Seingatku, gambar ini ku ambil ketika anak sulongku berumur 3 tahun
Sudah berapa tahun yang lalu
Itu lah kali pertama ayah dan ibu merasa makna 'makan angin' walaupun hanya di Melaka
Selama ini mereka hanya bekerja sahaja, kais pagi makan pagi kais petang makan petang

Sedari kecil aku memang sangat manja dengan ayahku
Aku selalu mengikutnya ke kebun getah
aku selalu dibawa minum teh di warung
apa yang aku nak ayah cuba penuhi walaupun ayah tiada duit
Ayah belikan aku dan adik2 baju walaupun baju ayah koyak
Ayah belikan kami selipar walaupun ayah tidak punya selipar
Yang paling aku sedih, ayah tidak sempat memakai 'kasut' seperti ayah orang lain

Ketika remaja, orang lain bercerita dengan ibu
Aku bercerita dengan ayah
Aku mengadu pada ayah
Balik ke asrama aku peluk ayah
Peluk ayah aku akan menangis
Aku membaca sampai larut malam, ayah akan buatkan kopi
ayah kata akan hilang mengantuk
Aku belajar di atas lantai papan dengan lampu pelita
ayah terbaring disebelahku berkeruh
menemani aku study, siapa ya yang tidak menangis mendengar dengkuran orang tua sebegitu

Ketika aku hendak masuk tidur, ayah lah yang pasangkan kelambu
Ayah lah yang pasangkan ubat nyamuk
Aku sakit perut ditengah malam, ayah lah yang bangun mencari ubat
Aku teringin hendak makan cucur kelapa muda
Ayah lah yang bingkas bangun mencari kelapa
Terhidang cucur kelapa panas dihadapanku
Aku balik dari kerja, ayah lah yang menmbancuh teh panas untukku

Itu lah ayah, yang selalu sibuk melayani kerenah anak2nya
tanpa sedikit pun sungutan
malah dia gembira bila anak makan hasil masakannya
ayah yang sabar, ayah yang tenang, ayah yang mengambil berat 
Dimana boleh kucari ganti lagi???

Malam itu, ayah menelefonku
Ayah kata amat rindu kepadaku
Sakit dadanya mendengar kisah pedih rumahtanggaku
Aku pulang juga dengan kerinduan...
Sampai ditengah malam, ayah bergegas kepintu
Sebaik saja nampak ayah, aku meluru kearahnya
Kutenggelam dalam tangisan dalam pelukan ayah
Ketika itu kurasa mengapa tubuh ayah dingin sekali, seperti ais
Kucium pipi ayah, kiri dan kanan
'Ampunkan dosaku ayah, ampunkan dosaku'
Aku meraung kerinduan dalam dada ayah

Sehari kuhabiskan masa bersama ayah, semua yang ayah biasa lakukan ketika aku kecil dia ulang lakukan dalam seharian itu
bancuh teh, makan lempeng bersama, pasangkan kelambuku, ubat nyamuk untukku
Sangat singkat cutiku, aku harus pulang bekerja
Ayah melihat keretaku,
Enjinnya pastikan elok! Pesan ayah
Jangan sedih, jumpa lelaki yang soleh nanti berkahwin lah, Pesan Ayah
Aku memandu pulang, ayah memerhati sehingga aku hilang daripada pandangannya
Pandangannya seolah kami tidak bertemu lagi

Sungguh bagai dikata
Panggilan daripada adik bagaikan petir dalam hidupku
Ayahku pergi secara tiba2
dalam ribaan Ibu 2 hari selepas kutinggalkan dulu

Owhhh..... airmataku bagaikan hujan seisi langit
Tubuhku lemah bagaikan ditimpa gunung
Ayah tempat kubermanja diambil pergi
Dalam senyuman dia tidur selamanya

Aku meraung lagi, kali ini dalam dakapan ibu
Tak dapat kuterima kenyataan ini
Hidupku gelab dan suram sekali

Lama aku diam, lama aku bertafakur
Aku ditinggalkan suami, sebulan kemudian aku ditinggalkan ayah 
Teringat Rasulullah mengalami 'Tahun kesedihan'
Hebatnya DugaanMU ALLAH
sedangkan aku tidak berdaya menghadapinya

Mengajarku mencariMu untuk secebis ketenangan
Dengan IzinMU tersangkut ku di negeri asing ini dalam perjalanan

Pandu lah aku Tuhan, Ketika tak punya sesiapa, aku punya ENGKAU sebagai pelindung dan tempaatku mengadu

AL-FATIHAH untuk arwah ayah kesayanganku.....


Ibu, engkau lah ratu hatiku
Engkau sentiasa dalam doaku
Sayang Ibu!!!!!!


2013 with love mom and sisters...............................




KITARO SONG - TO RELAX MIND / MEDITATION


Ketika usiaku remaja, bagiku hidup ini mudah sahaja
Tiada masalah dunia yang menembusi fikiranku
Apa yang ku tahu hanya lah buku dan ilmu
Sementelah ku melihat titis peluh ayahku jatuh kebumi
ketika mengekori langkah dari sebatang pokok getah ke pokok yang lain

Aku tanam azam yang bulat
ayahku harus gembira dan bangga
kemiskinan ayah harus dibalas
Lalu, dengan berkah kerajinanku dan doa ayah ibu
Aku anak kampung itu yang pertama memijak kaki ke universiti
Bangganya ayah

Aku ingin seperti remaja yang lain, merasai kemeriahan alam remaja
bersama teman, sahabat dan rakan
Namun, mengapa jodohku begitu cepat menjengah
ketika aku masih belum mengerti apa maksud sebuah perkahwinan pun
Namun, kerana kasih pada ayah dan taatkan ibu
Aku akur, lalu aku bergelar isteri ketika baru melangkah ke alam universiti

Berkahwin tanpa kenal
Terkapai2 mencari apa makna cinta
Cuma ajaran ustaz dan ustazah menjadi panduan
ku belajar cara-cara menjadi isteri yang baik, yang solehah
Walau dalam airmata

Amat sukar jika tiada saling mengenali
susahnya bila tanpa cinta, yang ada hanya taat dan takutkan Tuhan
Mohon Tuhan beri kekuatan, agar bahagia hidup ini
Saban hari dengan doa, membilang saat tidak dikasihi
Yang ada hanya duduk bersama, tanpa rasa dihargai
Sukarkah menghargai diriku, anak-anakku
Hingga dugaan pula tiba
menguji sejauh mana kesetiaanmu, keteguhan kata-katamu
Pahitnya yang kutelan
Hanya kepada Allah kumerintih dengan airmata saban waktu

Begitu lah janjiNYA Tuhan
Kau pergi ketika ayah tempat kubermanja dipanggil Ilahi
Seperti hilang arah, tangisan hiba bagaikan taufan
Kau tinggalkan aku terkapai2, aku memang tidak secantik dia
Tapi ini lah diriku, tiada siapa dapat mengubah takdirku
Allah tempatku mengadu, bersandar mencari secebis kekuatan
menjadikan tembok tebal menutupi hatiku
membenci insan bernama lelaki
Lelaki yang suka bicara manis, ada agenda tersembunyi
Lelaki yang ingin mendekat hanya kerana nafsu gilanya
Lelaki pendusta, bercakap bohong, suka ambil kesempatan atas diri perempuan yang lemah
Lelaki tiada yang ikhlas, hanya inginkan badan, tiada niat kerana ALLAH, hanya kegilaan
Lelaki berbelit, hari ni lain esok lain, yang indah hanya topengan
menutupi kejahatan nya yang tersembunyi

Oh Allah Tuhanku, Kau lebih kenal diriku
Aku lah yang paling lemah lagi hina
Bantu lah aku, sokong lah aku, sayangi lah aku
Aku amat tidak berdaya tanpa MU




Sunday, June 15, 2014

ENGLISH CAMP AND THEY ARE MY STUDENTS

Sebab x banyak masa aku nak mengajar mereka di sekolah - aku fikir nak kumpulkan mereka together dan banyak masa bersama untuk belajar sambil having fun and release tension sebab cuti sekolah
Dan, kami pergi ke sebuah homestay di Bachok dr 12-14 Jun yang lalu

Mula-mula aku bimbang jugak, ya lah, aku nak mengajar lagi, nak masak lagi - cukup ke masa dan tenaga aku nie.. Aku berdoa kpd ALLAH agar dipermudahkan urusanku 3 hari itu, mudah2an aku dapat mengajar anak2 muridku dgn baik dan mereka faham apa yang aku sampaikan 

Syukur lah... mereka bagi kerjasama yg baik, yg girls sangat rajin tolong aku didapur,. sangat bersyukur....




Tangga naik ke bilikku di tingkat atas - seperti tangga kearah kejayaan mereka.....



Dua orang girls yang sangat sporting, nice, membantu aku didapur dgn rajin.... thanks lot ya dear....


Sarapan ringkas jer....... lepas sarapan nie mereka akan belajar - ala2 macam kt rumah sendiri lah






 Malam akhir tu mereka nak bakar ayam - aku join sekali, practise jadi tukang bakar ayam......


Ini sesi mereka boys main bola di pantai - 500 meter dr homestay tu




Tak dapat main kt pantai, kat halaman rumah pun jadi, mujur tak pecah cermin kete....



Macam ada liga jer style mereka main - mujur xda yang demam......


Rajin dua orang boys ni bakar ayam - yang lain tak tahu lah g mana......

Kenangan di malam ayam bakar.... sicomel dan sihensem.....


Sicute and sihandsome boys..... 


 Esok paginya, ke pantai lagi, all of us.......



Candid camera lah nie.....






















Habis mandi pantai sesi belajar lah pulak,........

Belajar secara santai,... x formal mcm kt sekolah.......


Muga apa yang aku sampaikan drpd sezarah yg KAU pinjamkan Ya Allah
mereka dapat faham, terang hati mereka, KAU mudahkan mereka kearah kejayaan
KAU tolong mereka dalam dewan peperiksaan
berkah apa yang kusampaikan
lancar mereka menulis, banyak idea yang KAU ilhamkan kpd mereka

ENGKAU LAH PENOLONG KAMI YA ALLAH
AMEEN



LOVE CONFLICT AMONG TEENAGERS

MY STORY TO SHARE...

     Dulu .. aku seorang yang sangat pemalu. Sepanjang zaman aku remaja, tak pernah aku bercakap dgn budak lelaki. Mesti aku lari kalau terserempak dgn boys. Mereka sendiri segan nak datang dekat aku, nya suka mengusikku dari jauh.
Bukan aku anti-lelaki, bukan aku tak suka lelaki. Pertama, aku malu. Kedua, aku ni gila study. Cikgu gelar aku ulat buku. 24 jam aku study, mana ada masa nak melayan jiwa dan persaan. Menghafal, buat nota, buat latihan, banyak sangat kerja aku.

Aku pun kelas campuur lelaki peempuan. Aku ingat lagi, masa form 5, kawan2 aku memang kuat lah bercinta monyet nie... bercinta satu kelas lah, bercinta kelas A dengan budak kelas B lah,.. Aku?
Tingkatan4, aku ada peminat lah, budak satu kelas. Tapi aku tak layan pun, sebab aku dah janji dgn abah aku, nak hadiahkan kejayaan padanya. So, surat pun x balas, apa pun tak lah. Semua peminat pun aku tak layan,.. itu semua mengganggu.

Aku pelik budak-budak zaman nie... bercinta bagai nak mati. Melayan perasaan, berangan, berjanji kosong sana sini, bazir duit beli hadiah, beli topup sebab nak bergayut, jealous dan cemburu, buang masa stress pasal cinta, pasal kekasih takut ada orang lain, takut kekasih tengok orang lain....

Kalau confirm nanti kahwin dgn kekasih tu x mengapa jugak. Ini nanti kahwin dgn orang lain, kan rugi zaman belajar dihabiskan dgn melayan perasaan begitu.

Bagi aku; jika kita a girl, kita pelihara lah diri as a nobel girl, jaga peribadi, jaga aurat, jaga maruah untuk esok suami yang ALLAH pilihkan tentukan utk kita...

Apa suami rasa bila; dulu bini aku dah memberi hati dan perasaan pada orang lain, tukar gambar, tukar hadiah, dating, dengan lelaki lain. Suami tak rasa macam dapat bini yang dah tak originally pure ker?

Isteri pulak; dulu masa remaja suami aku pernah gila2 suka kat pompuan lain, mimpikan orang lain, ngigau orang lain, main perasaan dan bayangkan orang lain, isteri tak rasa diri dikhianati ker?

Solution nya: Tak perlu main perasaan masa belajar, belajar jer dulu, apa nak kisah nanti aku kahwin dgn siapa, ALLAH KAN DAH TENTUKAN JODOH KITA, SAMPAI MASA NANTI KAHWIN JER LAH  - belajar dan berjaya dulu - kerja dulu - balas jasa mak ayah dulu - kahwin lah bila sampai jodoh.
Kan senang hidup jika fikir begitu,... ini masih remaja dah stress mikir macam2 masalah mengarut yg merugikan dan membuang masaa!!

Aku ini seorang ibu - aku seorang guru - Aku sekadar mengingatkan aku dan orang2 disekelilingku

JANGAN BUTA KERANA CINTA
JANGAN BAZIR MASA INDAH DENGAN TEKANAN
JANGAN BAZIR RUANG DENGAN ANGAN DAN ANGAU
JANGAN HARAPKAN YANG TERBAIK JIKA DIRI SENDIRI PUN TAK BERAPA BAIK

SEMUGA BERBAHAGIA DALAM RAHMAT ALLAH...AMEEN


Monday, June 2, 2014

AGUNGNYA ALLAH - TERCEKIK TULANG IKAN KELI

Tengahari ini - my lunch berlaukkan ikan keli bakar dan air asam, anak lelaki xda, dirumah kawan, so makan dgn anak perempuan saja... Tengah makan, my son called, asking about pick him at school this evening, tanpa sedar waktu tu aku sedang mengunyah nasi dan ikan keli.....

Yang aku sedar, aku tercekik tulang.............. huhuhu almost crying - segera aku kepal nasi dan telan, hampir 10 kepal nasi aku telan, x hilang-hilang jugak, aku minum air x hilang jugak..

Aku google cara nak hilangkan tulang ikan tu, semua petua aku buat;
1.  minyak kelapa dara, sapu dalam lubang dubur, google kata akan terus hilang
- Tak hilang gak

2.  kepal nasi dgn bismilah - baca 3 qul - telan nasi tu

3.  ambil air - bismilah 41 kali, fatihah 1 kali, 3 qul 3 kali - minum

............................... petua aku sendiri; ambil air zam2 - niatkan - minum - sambil doa

Aku tak sempat nak testing tulang ikan ada ke lagi idak, tiba2 adikku call need help to solve his problem,... after we finished talking, sudden aku nak muntah, aku pergi ke sinki, TETIBA AKU RASA MACAM ADA TULANG DALAM MULUT, CEPAT2 AKU LUAHKAN DALAM TAPAK TANGAN, YES, TULANG IKAN!!!!

Segera aku bersujud syukur.. YA ALLAH, AGUNGNYA ENGKAU, TERIMA KASIH ALLAH, ENGKAU SANGAT BAIK HATI, ENGKAU SANGAT PRIHATIN, DAN MAHA MENDENGAR....



Tak percaya kan, tulang ikan lebih 1 cm, keras bukan sehalus rambut, thicker than that... YA ALLAH, SYUKUR

HANYA ALLAH DAPAT MENYEMBUH SEGALA PENYAKIT, HANYA ALLAH DAPAT MENYELESAI SEGALA MASALAH, HANYA ALLAH YANG SENTIASA ADA UNTUK KITA, DALAM SENANG TAMBAH LAGI DALAM SAKIT


SUBHANALLAHU TAALA...ALLAHU AKBAR



Saturday, May 31, 2014

BUSAN TOUR 2013 - TAEJONGDAE PARK

That morning, we decide to go to TAEJONGDAE PARK, AT THE END OF BUSAN LAND ON THE EAST - By bus, we wait for Local Bus in front of Jagalci market, several buses going there, we choose to pick bus num 11/ 60/101 

Scnery along the route is very incredible... awesome....




Then, after 30 minute, we reach TAEJONGDAE, first of course find place to have a breakfast, we stop at this small restaurant, run by a couple of ajusshi and ahjumma, nice and good both of them..

Above are several customers, a couple of Marine police?, may be......

This is our breakfast - BIBIMBAP 6,000 won





Ready to explore the hill and all the place?..






Hahaha... I could not stand with the weather.......


Tired young man!......... Thinking of the hill will be climbed?



There is a long bus like a train, but, people and visitors are pack, and long queue to ride it, Owhhh.............



Can see at the back, long queue to ride the train,huhuh....... This Minah Salleh is a backpacker like me, she's alone, awesome right!!









The area is that wide?? Cant walk, must explore by train, ticket only 1,200 won each,.... but too many people.Next time Insyallah






We are walking back to the us station - back to Jagalchi, or may be continue going to Haeundae......